Abdul Ghani Mohamed Yassin
YB Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin PGDK (Sab); KMN | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Nabawan | |
Menyandang jawatan 9 Oktober 2020 | |
Ketua Menteri | Hajiji Noor |
Didahului oleh | Bobbey Ah Fang Suan |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dipilih Dewan Undangan Negeri Sabah | |
Dalam jawatan 15 Ogos 2017 – 14 Ogos 2020 | |
Digantikan oleh | Bobbey Ah Fang Suan |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | UMNO (-2018) BERSATU (2019 - 2022) GAGASAN (ahli sejak 2023) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (bekas ahli) Perikatan Nasional (bekas ahli) Gabungan Rakyat Sabah (ahli sejak 2023) |
Pasangan | Datin Asiah @ Doreen Azlan |
Pekerjaan | Ahli politik |
YB Senator Datuk Abdul Ghani Datuk Haji Mohamed Yassin adalah merupakan Senator dalam Dewan Negara Malaysia[1] yang dilantik sebagai wakil dari Dewan Undangan Negeri Sabah. Beliau adalah ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN), iaitu sebuah parti komponen utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dilantik sebagai Senator dalam Dewan Negara Malaysia pada 5 Januari 2018 lalu untuk penggal kedua.[2] Pada Pilihan raya negeri Sabah 2020, beliau telah berjaya memenangi kerusi Nabawan.[3]
Beliau dilantik menjadi senator oleh Dewan Undangan Negeri Sabah pada bulan Januari 2018. Sebelum ini beliau daripada parti BN-UMNO. Beliau telah menyertai BERSATU Sabah pada Mac 2019 bersama seorang lagi Senator iaitu YB John Ambrose dan kedua-dua mereka menjadi ahli parti berkenaan sehingga bulan Februari 2023 dimana mereka keluar dari BERSATU dan menyertai parti tempatan Sabah yang wujud sejak 2013 (parti berumur 10 tahun lebih) iaitu GAGASAN yang diasaskan oleh Dr. Ationg Tituh dan diketuai oleh Hajiji Noor. GAGASAN merupakan komponen utama bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sebuah gabungan parti-parti tempatan di Sabah.
Sumbangan yang paling terkenal beliau lakukan ialah sumbangan berbentuk perasmian terhadap Gereja Kristian Sidang Injil Borneo di Nabawan dan sumbangan berbentuk derma kemudahan di daerah-daerah pedalaman. Beliau juga pernah menyumbangkan ratusan dan ribuan ringgit terhadap masjid-masjid yang perlu pembaikan dan sumbangan terhadap gereja pelbagai denominasi Kristian.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rencana tentang ahli politik ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |